Bagi tiap-tiap  seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari  belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah  Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga  mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah  menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan  kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan  apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan  melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-R'ad 13:11)
Pada zaman jahiliah di antara beberapa orang  raja ada seorang raja yang bernama raja Habib lbnu Malik di kota Syam.  Orang-orang arab menggelarnya “Raihanah Quraisyin.”
Ketika Raja Habib bersama angkatan tenteranya  seramai 12,000 orang singgah di Abthah, iaitu suatu tempat dekat kota Makkah  maka datanglah Abu Jahal beserta pengikut pengikutnya memberikan berbagai-bagai  hadiah kepada raja Habib.
Setelah itu Abu Jahal dipersilakan duduk di  sebelah kanan raja Habib. Berkata raja Habib: “Wahai Abu Jahal katakan kepadaku  tentang Muhammad.”
Berkata Abu Jahal: “Tuan, silalah tuan tanya  tentang Muhammad itu dari Bani Hasyim.”
Raja Habib pun bertanya kepada Bani Hasyim:  “Wahai Bani Hasyim, katakan pada beta tentang Muhammad itu.”
Berkata Bani Hasyim: “Sebenarnya kami telah  mengenal Muhammad itu sejak dia kecil lagi, orangnya sungguh amanah dan setiap  katanya benar; dia tidak akan berkata selain dari yang benar. Apabila umur  Muhammad meningkat pada 40 tahun dia telah mula mencela Tuhan kita dan dia  membawa agama baru yang bukan datangnya dari nenek moyang  kita.”
Sebaik sahaja raja Habib mendengar penjelasan  dan Bani Hasyim maka dia pun berkata: “Bawa Muhammad mengadap dengan cara baik,  kalau Muhammad degil maka gunakan kekerasan.
Setelah itu mereka pun mengutus salah seorang  untuk menjemput Muhammad SAW. Setelah Rasulullah SAW menerima pesanan raja,  baginda pun bersiap-siap untuk pergi, sementara itu Abu Bakar ra dan Siti  Khadijah menangis kerana takut baginda dizalimi oleh raja  tersebut.
Rasulullah SAW berkata: “Janganlah kamu  berdua menangis, serahkanlah urusanku ini kepada Allah SWT.”
Kemudian Ahu Bakar ra pun mengaturkan pakaian  untuk RasuIulIah SAW yang terdiri dari baju berwarna merah dan serban berwarna  hitam.
Setelah Rasulullah SAW mengenakan pakaian  tersebut maka baginda bersama Abu Bakar ra dan Khadijah ra pun pergi menghadap  raja Habib. Setelah sampai di hadapan raja, Abu Bakar ra berdiri di sebelah  kanan Rasulullah SAW sementara Siti Khadijah berdiri di belakang Rasulullah  SAW.
Apabila raja Habib melihat baginda Rasulullah  SAW berdiri dihadapannya maka raja Habib pun bangun memberi hormat mempersilakan  Rasulullah SAW duduk di sebuah kerusi yang diperbuat dari emas. Sementara itu  Siti Khadijah yang merasa cemas berdoa kepada Allah SWT: “Ya Allah, tolonglah  Muhammad dan mudahkanlah dia menjawab sebarang pertanyaan.”
Sewaktu baginda duduk di hadapan raja Habib  maka keluarlah cahaya memancar dari wajah baginda dan baginda duduk dengan  tenang tanpa rasa takut.
Raja Habib memulakan pertanyaan: ‘Wahai  Muhammad, kamu pun tahu bahawa setiap Nabi itu ada mukjizatnya, jadi apakah  mukjizat kamu itu?”
Bersabda Rasulullah SAW: “Katakan apakah yang  kamu kehendaki?”
Berkata raja Habib: Aku mahu matahari itu  terbenam dan bulan pula hendaklah turun ke bumi dan kemudiannya bulan hendaklah  terbelah menjadi dua, kemudian masuk di bawah baju kamu dan separuh keluar  melalui lengan baju kamu yang kanan dan sebelah lagi hendaklah keluar melalui  lengan baju kamu yang kiri. Setelah itu bulan itu hendaklah berkumpul menjadi  satu di atas kepala kamu dan bersaksi atasmu, kemudian bulan itu hendaklah  kembali ke langit dan mengeluarkan cahaya yang hersinar dan hendaklah bulan itu  tenggelam. Sesudah itu hendaklah matahari yang tenggelam muncul semula dan  berjalan ke tempatnya seperti mulanya.”
Setelah mendengar begitu banyak yang raja  Habib kehendaki, maka baginda Rasulullah SAW pun bersabda:
Apakah kamu akan beriman kepadaku setelah aku  melakukan segala apa yang kamu kehendaki?”
Berkata raja Habib: “Ya, aku akan beriman  kepadamu setelah kamu dapat menyatakan segala isi hatiku.”
Abu Jahal yang sedang menyaksikan percakapan  itu segera melompat ke hadapan sambil berkata: “Wahai tuanku, tuanku telah  mengatakan yang cukup baik dan tepat.”
Rasulullah SAW pun keluar lalu pergi mendaki  gunung Abi Qubais, kemudian baginda mengerjakan solat dua rakaat lalu berdoa  kepada Allah SWT. Setelah berdoa maka turunlah malaikat Jibril as bersama dengan  12,000 malaikat dengan memegang panah di tangan mereka.
Malaikat Jibril as berkata: “Assalamu alaika  yaa Rasulullah, sesungguhnya Allah telah bersalam kepadamu dan  berfirman:
“Wahai kekasihku, janganlah kamu takut dan  bersusah hati. Aku akan sentiasa bersamamu di mana sahaja engkau berada dan  telah tetap dalam pengetahuanKu dan berjalan di dalam qada kepastianKu di zaman  azali apa-apa yang diminta oleh raja Habib bin Malik pada hari ini; pergilah  kamu kepada mereka dan berikan  hujjahmu dengan tepat dan jelaskan keadaanmu dan  keutusanmu. Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT telah menundukkan matahari, bulan,  malam dan siang. Sesungguhnya raja Habib itu mempunyai seorang puteri yang tidak  mempunyai kedua tangan, kedua kaki dan tidak mempunyai kedua mata. Dan katakan  kepadanya bahawa Allah SWT telah mengembalikan kedua tangannya, kedua kakinya  dan kedua matanya.”
Setelah itu Rasulullah SAW pun turun dari  gunung Abi Qubais dengan rasa tenang dan rasa gembira. Malaikat Jibril as di  angkasa dan para malaikat berbaris lurus dan Rasulullah SAW berdiri di maqam  Ibrahim. Dan adalah saat itu matahari terbenam.
Matahari mulai seakan-akan berlari cepat,  ertinya matahari cepat-cepat terbenam dan menjadi gelap gelita. Kemudian bulan  terbit dengan terangnya, setelah bulan naik meninggi baginda Rasulullah SAW  memberikan isyarat dengan dua jari-jarinya kepada bulan itu, dan bulan  seakan-akan berlari turun ke bumi dan berdiri di hadapan baginda Rasulullah SAW.  Kemudian bulan itu bergerak-gerak seperti awan lalu bulan itu terbelah menjadi 2  dan bulan itu masuk di bawah baju Rasulullah SAW separuhnya keluar melalui  lengan sebelah kanan baju baginda sementara yang sebelah lagi keluar melalui  lengan sebelah kiri baju baginda. Kemudian bulan kembali bercantum mengeluarkan  cahaya dengan terang lalu berdiri di atas kepala Rasulullah SAW dengan berkata:  “Saya bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan saya  bersaksi bahawa Muhammad itu hamba Allah dan RasulNya sesungguhnya berbahagialah  orang-orang yang membenarkan engkau Muhammad dan rugilah orang-orang yang  menyalahi engkau.”
Setelah bulan berkata demikian maka bulan pun  kembali ke langit menjadi terang dan menghilangkan dirinya. Sebaik sahaja bulan  menghilangkan dirinya maka matahari pun timbul kembali. Oleh kerana raja Habib  telah mengatakan bahawa Rasulullah SAW mesti memberitahu rasa hatinya maka  diapun berkata: ‘Wahai Muhammad, kamu masih ada satu syarat  lagi.”
Belum sempat Habib hendak berkata maka  baginda Rasululah SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu mempunyai seorang puteri yang  tidak mempunyai dua tangan, tidak mempunyai dua kaki dan dia juga tidak  mempunyai dua mata dan sesungguhnya ketahuilah olehmu Allah SWT telah  mengembalikan kedua tangan, kedua kaki dan kedua matanya.”
Sebaik sahaja raja Habib mendengar dan meihat  segala galanya maka dia pun berkata: “Wahai ahli Makkah, tidak ada kufur sesudah  iman dan tidak ada keraguan sesudah yakin, oleh itu ketahuilah oleh kamu  sekelian bahawa sesungguhnya aku bersaksi, Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang  satu dan tidak ada sekutu bagiNya, dan saya bersaksi bahawa sesungguhnya  Muhammad itu hambaNya dan utusan-Nya.”
Raja Habib dan semua bala tenteranya masuk  Islam. Kemarahan Abu Jahal meluap-luap dan dia berkata: “Wahai tuan raja, apakah  tuan percaya kepada ahli syihir ini sehingga syihir itu telah mempersonakan  tuan.”
Raja Habib tidak menghiraukan kata-kata Abu  Jahal, sebaliknya raja Habib kembali ke negerinya Syam. Apabila raja Habib masuk  ke dalam istananya dia disambut oleh anak perempuanya dengan mengucap: “Asyhadu  alla ilaaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa Rasuuluhu” (Saya  bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan AlIah dan saya bersaksi  bahawa Muhammad itu adalah pesuruhNya dan utusanNya).
Raja Habib tercengang dengan kalimah yang  diucapkan oleh anaknya maka dia pun berkata: “Wahai anakku, siapakah yang  mengajarkan kepada kamu kalimah ini?”
Berkata anak raja Habib: “Sebenarnya sewaktu  saya tidur, telah datang seorang lelaki lalu berkata kepada saya: “Sesunguhnya  ayah kamu telah masuk Islam, kalau kamu mahu masuk Islam maka aku kembalikan  segala anggota kamu dengan baik.” Setelah itu saya pun tidur dan pagi ini diri  saya tidak ada yang
kurang seperti yang ayah lihat  sekarang”
Kemudian raja Habib bersyukur sujud kepada  Allah SWT agar nikmat iman dan bertambahlah keyakinan. Setelah itu raja Habib  mengumpulkan emas, perak dan kain lalu dinaikkan atas lima ekor unta berserta  dengan beberapa orang hamba
dikirimkan kepada Rasulullah  SAW.
Ketika rombongan yang membawa segala hadiah  dari raja Habib itu sampai dekat kota Makkah, tiba-tiba muncul Abu Jahal bersama  kuncu-kuncunya lalu berkata: “Kamu semua milik siapa?”
Berkata rombongan itu: “Kami semua ini milik  raja Habib bin Ibnu Malik dan kami hendak pergi pada Rasullulah  SAW.”
Sebaik sahaja Abu Jahal mendengar jawapan  dari rombongan itu maka dia cuba merampas semua barang-barang yang bawa oleh  rombongan itu, oleh kerana rombongan itu enggan menyerahkan barang-barang  tersebut maka berlakulah pergaduhan antara kedua belah pihak. Apabila berlaku  peperangan diantara kedua belah pihak maka berkumpullah penduduk kota Makkah dan  datang bersama mereka Rasulullah SAW.
Melihat akan kedatangan orang ramai maka  berkata rombongan diraja itu: “Kesemua barang yang kami bawa ini adalah milik  raja Habib, dan raja Habib berhajat untuk rnenghadiahkan kesemua barang ini  kepada Rasulullah SAW.”
Abu Jahal berkata: “Raja Habib menghadiahkan  kesemua harang ini kepada saya.”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai penduduk  Makkah, adakah kamu semua suka kalau aku mencadangkan  sesuatu?”
Berkata penduduk Makkah: “Ya, kami  setuju.”
Bersabda Rasulullah SAW: “Kita hendaklah  memutuskan percakapan unta ini, untuk siapakah sebenarnya harta  ini.
Berkata Abu Jahal: “Kita tentukan perkara ini  esok pagi.”
Setelah mendapat persetujuan dari Rasulullah  SAW untuk ditunda pada esok hari maka Abu Jahal pun balik dan terus pergi kepada  berhala-berhala yang disembahnya, dia pun memberi beberapa korban kepada  berhala-berhala mereka dan memohon pertolongan pada berhala mereka sehingga  pagi.
Apabila waktu yang dijanji telah tiba maka  ramailah penduduk kota Makkah datang untuk melihat keputusan pengadilan.  Rasulullah SAW datang bersama bapa saudara baginda danAbu Jahal bersama  kuncu-kuncunya. Sebaik sahaja Abu Jahal sampai maka dia pun terus mengelilingi  unta itu dengan berkata: “Berkatalah unta-unta semua atas nama Lata, Uzza dan  Manata.” Setelah Abu Jahal berkata demikian sekian lama sehingga matahari telah  tinggi, namum unta-unta itu tidak berkata apa-apa.
Maka berkata penduduk kota Makkah: ‘Wahai Abu  Jahal, cukuplah apa yang kamu buat itu, sekarang giliran Muhamad pula untuk  melakukannya.”
Rasulullah SAW pun menghampiri unta-unta  tersebut dengan berkata: ‘Wahai unta makhluk Allah, demi ciptaan Allah  berkatalah kamu dengan kekuasaan Allah.”
Setelah Rasulullah SAW berkata demikian maka  bangunlah salah satu dari lima ekor unta lalu berkata: “Wahai ahli kota Makkah,  kami semua ini adalah hadiah raja Habib bin Ibnu Malik untuk dipersembahkan  kepada Rasulullah SAW.”
Sebaik sahaja unta itu berkata demikian maka  RasulullahSAW pun menarik unta-unta tersebut berserta dengan barang-barang yang  dibawanya ke gunung Qubais, kemudian Rasulullah SAW mengeluarkan semua emas dan  perak yang
ada di atas unta lalu dikumpulkan sehingga  menjadi bukit lalu berkata: “Wahai emas dan perak, hendaklah kamu semua menjadi  pasir.”
Kemudian dengan sekejap sahaja kesemua emas  dan perak itu menjadi bukit sehingga  sekarang.
09.38
Iwan Kurniawan



0 komentar:
Posting Komentar